TENTANG

UTAMA > TENTANG

Tentang Kami

MASBIRU GROUP

Zabedah Hitam Catering diasaskan oleh Allahyarham Haji Jalani Bin Amit bersama Hajah Zabedah Binti Hitam bermula pada tahun 1994 di Merlimau, Melaka di bawah Perniagaan Masbiru Enterprise.

Zabedah Hitam Catering kemudiannya telah diuruskan oleh Hajah Zabedah Binti Hitam bersama Mohamad Zikrilhakim Bin Jalani iaitu anak sulung kepada Allahyarham Haji Jalani Bin Amit yang kembali ke Rahmatullah pada 3 Mac 2013 di bawah Perniagaan D’Masbiru PLT bermula 13 Mac 2013 yang berstatus perniagaan “Perkongsian Liabiliti Terhad”.

Bermula 1 Januari 2016, Zabedah Hitam Catering diuruskan oleh Masbiru Sdn Bhd dengan tujuan untuk mewujudkan budaya korporat dan mengemaskini sistem pengurusan syarikat ke arah yang lebih sistematik serta menaiktaraf perkhidmatan katering yang serba lengkap.

Kini Zabedah Hitam Catering mempunyai dapur utama yang sistematik di Melaka Halal Hub dan mempunyai fasiliti untuk memasak sehingga 8,000 orang dalam satu masa serta mempunyai 30 orang kakitangan tetap dan lebih 100 orang kakitangan separuh masa yang terlatih.

Dari majlis rasmi ke majlis santai, sama ada di dalam dewan, kanopi atau berkonsepkan gerai di laman, hari sukan, hari keluarga, berkelah atau beradat, Zabedah Hitam Event & Catering mampu menyempurnakan majlis anda di seluruh Negeri Melaka sehingga ke Tampin, Gemenceh, Tangkak, Pagoh dan Bandar Muar.

Cool Number
0
Tahun
0
Pelanggan
0
Visi

Menjadi sebuah syarikat perkhidmatan katering pilihan ramai yang menyediakan perkhidmatan secara profesional.

Misi

Memberikan khidmat layanan terbaik dan professional.

Menyediakan makanan dan minuman yang lazat dari sumber yang halal, bersih dan berkualiti tinggi dengan rasa yang konsisten.

Memberikan khidmat pengurusan katering yang cekap dan berdaya kreatif.

Memberikan khidmat pengurusan katering yang cekap dan berdaya kreatif.

Menyediakan kakitangan yang terlatih, kreatif, berdisiplin dan mesra pelanggan.

Komitmen Kami untuk Kesempurnaan

Masbiru Group berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap acara istimewa anda.

Jalan Cerita

ALUR MASA MASBIRU

Mas Biru

STRUKTUR SYARIKAT

Diperbadankan pada 25 Februari 2008 with an authorised and paid-up capital of RM 150,000, Masbiru Sdn Bhd merupakan pemegang saham penuh anak syarikat seperti Seri Chendana Management Sdn Bhd. Ibu pejabat di Bandar Baru Merlimau Melaka, Hajah Zabedah Hitam, Mohamad Zikrilhakim Jalani, Wan Muhammad Najahuddin Wan Fuah sebagai Lembaga Pengarah Syarikat. Menjalankan Perniagaan Katering untuk pelbagai majlis terutama Majlis Perkahwinan, Majlis Korporat, Kenduri, Karaian dan lain-lain dengan pengoperasian penuh Dapur Pusat.

CHENDANA BISTRO & KAFE KOPI CHENDANA

SEJAK 2023

Menjalankan Perniagaan Katering untuk pelbagai majlis terutama Majlis Perkahwinan, Majlis Korporat, Kenduri, Karaian dan lain-lain dengan pengoperasian penuh Dapur Pusat.

SERI CHENDANA MANAGEMENT SDN BHD

SEJAK 2018

Menguruskan Operasi Dewan Bankuet untuk semua Majlis terutama
Majlis Resepsi Perkahwinan, Majlis Korporat, Hi-Tea dan lain-lain

SERI CHENDANA RESORT

SINCE 2021

Menguruskan Operasi Hospitaliti seperti Bilik Penginapan, Dewan Bankuet untuk semua Majlis terutama Majlis Resepsi Perkahwinan, Majlis Korporat, Hi-Tea
dan lain-lain

Mas Biru

LEMBAGA PEGARAH

HAJAH ZABEDAH HITAM

Pengerusi & Pengarah Makanan Dan Minuman

Puan Zabedah Hitam merupakan pengasas kepada perniagaan makanan dan minuman ini yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang masakan sejak tahun 1990.
Hampir kesemua menu masakan melayu
telah dimasak oleh beliau dan menjadi asas kepada menu syarikat.

WAN MUHAMMAD NAJAHUDDIN WAN FUAD

Pengarah

Wan Muhammad Najahuddin Wan Fuad merupakan Akauntan Bertauliah dan berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UMK dan Sarjana Muda Perakaunan (Kep), UiTM.

 

Beliau bertugas sebagai Pengurus Kelantan Gold Trade Sdn Bhd yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan
negeri kelantan serta Timbalan Pengerusi Persatuan Amal dan Kebajikan Sahabat Machang

MOHAMAD ZIKRILHAKIM JALANI

Pengarah Urusan Kumpulan

Mohamad Zikrilhakim Jalani merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membawa Kumpulan Masbiru ke arah perubahan ke arah yang lebih baik.

Berkelulusan Sarjana Musa Sains (Kep) Statistik, UiTM dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan operasi restoran dan katering ini sejak dari kecil bersama
keluarganya

Mas Biru

PASUKAN PENGURUSAN

MOHAMAD ZIKRILHAKIM JALANI

Pengarah Urusan Kumpulan

AZLAN TAIB

Operasi Dapur Pusat

ISKANDAR ISMAIL

Operasi Katering

ROSNISA YAHAYA

Kewangan

SUHAILINA SHAMSUDIN

Seri Chendana Ballroom Dan Pentadbiran & Sumber Manusia (Memangku)

FIRDAUS HASHIM

Seri Chendana Resort / Operasi Restoran & Cafe (Memangku)

NORMALAWATI ABDUL HAMID

Kimm Bakery

ASYRAF MOHD ARIS

Pemasaran & Media Digital

Sedap Bagitau Kawan... Tak Sedap Bagitau Kak Bed

3 Dekad Menjamu Semua

+6013-6511 555/666

Untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi kami atau klik di disini untuk mengetahui senarai sebut harga kami.